Anwar bertemu keluarga tokoh pemikir Islam di Riyadh

Anwar bertemu keluarga tokoh pemikir Islam di Riyadh

ANWAR Ibrahim bertemu dengan keluarga Rektor kedua Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Emeritus Datuk Dr Abdul Hamid A Abu Sulayman di Riyadh, Arab Saudi.- FACEBOOK/ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pertemuan dengan keluarga Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kedua, Prof Emeritus Datuk Dr. Abdul Hamid A. Abu Sulayman di Riyadh, Arab Saudi menggamit kembali memori persahabatan lama sejak 1970-an.

Perdana Menteri dalam Facebook memaklumkan, beliau dan keluarga pemikir Islam tersohor itu juga mengimbau pengalaman bersama Abdul Hamid dalam membangunkan UIAM sebagai institusi pendidikan tinggi yang melahirkan sekian ramai graduan dari seluruh dunia.

“Pertemuan dengan Faekah dan anak-anak menggamit kembali memori persahabatan lama keluarga kami sejak 1970-an dan khususnya pengalaman bersama membangunkan UIAM sebagai institusi pendidikan tinggi yang melahirkan sekian ramai graduan dari seluruh dunia,” katanya.

Terdahulu, Anwar memaklumkan, beliau meluangkan sedikit masa dalam lawatan kerja ke Riyadh untuk meraikan keluarga Abdul Hamid.

Perdana Menteri tiba di Riyadh sejak Khamis lalu bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pertama ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC). 

Allahyarham Abdul Hamid dilahirkan di Mekah, Arab Saudi pada tahun 1936 dan dilantik menjadi Rektor UIAM kedua dari tahun 1988 sehingga 1998. Pada 2008, Allahyarham dianugerahkan Doktor Falsafah (PhD) Kehormat dalam Pendidikan UIAM.

Antara karya penting beliau yang sering dirujuk ialah ialah Crisis in the Muslim Mind dan Islamization of Knowledge

Pada 19 Ogos 2021, beliau meninggal dunia di Hospital Riyadh akibat sakit tua. -UTUSAN

KAPSYEN

 

ANWAR Ibrahim bertemu dengan keluarga Rektor kedua Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Emeritus Datuk Dr Abdul Hamid A Abu Sulayman di Riyadh, Arab Saudi.- FACEBOOK/ANWAR IBRAHIM

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN