5,920 jawatan kosong Karnival Kerjaya MYFutureJobs Melaka

5,920 jawatan kosong Karnival Kerjaya MYFutureJobs Melaka

ABD. RAZAK Omar (kiri) bercakap kepada pemberita pada Program Perkeso Mendekati Media dan Inisiatif SPS Padanan Caruman di sebuah hotel di Jalan Hang Tuah, Melaka. - UTUSAN/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Sebanyak 5,920 kekosongan jawatan di pelbagai sektor pekerjaan ditawarkan pada Karnival Kerjaya MYFutureJobs yang berlangsung selama tiga hari bermula 12 Oktober ini di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh di sini.

Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Melaka, Abd. Razak Omar berkata, karnival yang diadakan sempena Persidangan Antarabangsa dan Ekspo Smart Melaka (SMIX) 2023 menghimpunkan 35 majikan dalam pelbagai industri.

Katanya, antara majikan yang mengambil bahagian adalah Pusat Rehabilitasi Perkeso, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan CTRM Aero Composites Sdn. Bhd.

“Karnival kerjaya ini menyasarkan matlamat untuk membantu memudahkan orang ramai khususnya di Melaka mendapatkan pekerjaan. Pencari kerja yang menghadapi kekangan capaian internet boleh hadir ke karnival bagi mendapatkan perkhidmatan dan tatacara penggunaan portal MYFutureJobs.

“Sejak dilancarkan pada 2020, portal ini bukan sekadar platform bagi majikan mengiklankan kekosongan jawatan sebaliknya pencari kerja berupaya mendaftarkan profil mereka untuk tujuan proses padanan pekerjaan yang lebih tepat. Selain itu, portal ini juga menjadi pusat sehenti dan rujukan utama kepada rakyat bagi inisiatif berkaitan pekerjaan,” katanya dalam sidang akhbar selepas Program Perkeso Mendekati Media dan Inisiatif SPS Padanan Caruman di sini, semalam.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan Melaka, Ngwe Hee Sem. Hee Sem menaja caruman Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri kepada 40 pengamal media di negeri ini bagi tahun kedua selepas kali pertama pada 2022.

Tambah Abd. Razak, berdasarkan statistik portal MYFutureJobs Melaka, sebanyak 37,097 kekosongan jawatan aktif setakat September tahun ini.

Menurutnya, seramai 63,248 pencari kerja telah berdaftar dengan portal pekerjaan nasional itu sejak 1 Januari 2021 hingga bulan lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya