PETALING JAYA: Sebanyak 19 kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang tidak sihat, setakat pukul 6 petang ini.
Berdasarkan kemas kini laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), bacaan IPU paling tinggi di Nilai, Negeri Sembilan yang mencatat 161 IPU dan diikuti dengan Bukit Rambai, Melaka sebanyak 160 IPU.
Selain itu kawasan lain yang turut mencatat bacaan IPU tidak sihat adalah Batu Pahat pada 158, Segamat (148), Tangkak (135), Larkin (109), Bandaraya Melaka (152), Alor Gajah (151), Port Dickson (154) dan Seremban pada bacaan IPU 129.
Manakala, Banting pada bacaan 151, Putrajaya (137), Cheras (154), Klang (139), Shah Alam (101) dan Batu Muda pada bacaan 105.
Sementara itu, sebanyak 44 kawasan IPU sederhana iaitu daripada 51 ke 100 dan lima kawasan rekodkan bacaan yang baik di bawah 50. -UTUSAN










