104 kes 3R disiasat sejak awal tahun ini -Saifuddin

Dewan Rakyat: 104 kes 3R disiasat sejak awal tahun ini

Saifuddin Nasution Ismail
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebanyak 104 kes disiasat kerana menyentuh isu agama, raja dan kaum (3R) setakat ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kes yang disiasat bukan sahaja melibatkan pembangkang tetapi juga pemimpin kerajaan.

“Setakat ini, kes yang disiasat ada 104 kertas siasatan dibuka, di sebelah sana ada (pembangkang) dan di sebelah sini (kerajaan) pun ada. Kita buat semua siasatan, yang saya diberikan bahan untuk memaklumkan (kepada khalayak umum).

“Kanun Keseksaan, Akta Komunikasi dan Multimedia serta Perlembagaan Persekutuan, ini hal-hal yang jadi panduan kepada kerajaan dalam menangani isu 3R,” katanya semasa sesi pertanyaan menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau juga menafikan kerajaan mengambil tindakan melulu terhadap semua individu yang menyentuh isu 3R.

“Yang tak dihalang terus, silakan nak cakap tentang agama dan bangsa, sebab kita pun beriman dengan al-Quran yang sama. Sebab ada Melayu, Cina dan India, bukan gelar kafir dan zionis, itu bukan lita’arafu (berkenal-kenalan),” katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan Tan Sri Muhyiddin Yassin (PN-Pagoh) yang meminta penjelasan berhubung kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berhubung isu 3R.

Pada masa sama, Saifuddin terbuka dengan cadangan untuk memperkenalkan sebarang undang-undang baharu berkenaan 3R seperti dicadangkan oleh Datuk Seri Dr. Dzulkelfy Ahmad (PH-Kuala Selangor).

“Saya sambut baik cadangan ini, apa sahaja ikhtiar, kita akan menggunakan platform ini untuk menggubal undang-undang bagi menjamin keamanan dan keadilan,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN