YDP Pas Langkawi dilantik Speaker DUN Kedah baharu

YDP Pas Langkawi dilantik Speaker DUN Kedah baharu

MUHAMMAD Sanusi Md. Nor memakaikan jubah kepada Zubir Ahmad selepas pengumuman pelantikan sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah baharu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Yang Dipertua (YDP) Pas Langkawi, Zubir Ahmad hari ini dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah baharu sempena Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Ke-15 di sini hari ini.

Pemilihan Zubir dicadangkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor (Pas-Jeneri) sebelum disokong oleh Pengerusi Jawatankuasa Luar Bandar, Kemiskinan dan Pembangunan Insan, Datuk Siti Aishah Ghazali (Pas-Merbau Pulas).

Zubir, 60, turut mengangkat sumpah jawatan tersebut di hadapan Setiausaha DUN, Mohamad Azlee Ahmad pada majlis berlangsung di Wisma Darul Aman di sini.

Terdahulu, Setiausaha DUN mengumumkan nama Zubir sebagai calon tunggal bagi jawatan tersebut termasuk memperoleh surat persetujuan daripada semua DUN.

Zubir pernah bertanding di kerusi Parlimen Langkawi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) sebelum tewas kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

 Beliau menggantikan Datuk Juhari Bulat yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Hangat.

 Dalam majlis yang sama, kesemua 36 ADUN turut mengangkat sumpah sebagai wakil rakyat baharu Kedah. Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah 12 Ogos lepas, Perikatan Nasional (PN) mencipta sejarah apabila membolot 33 daripada 36 kerusi DUN Kedah. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya