Wee Ka Siong, Bung Moktar dan Tajuddin selesai disiasat PAC 

Wee Ka Siong, Bung Moktar dan Tajuddin selesai disiasat PAC 

WEE KA SIONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang bekas menteri selesai memberi keterangan di hadapan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) selepas namanya dipetik dalam prosiding jawatan kuasa itu sebelum ini. 

Bekas Menteri Pengangkutan merangkap Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Wee Ka Siong memberi keterangan di hadapan PAC hari ini berhubung vaksin luput tempoh hayat, peralatan ventilator tidak dapat digunakan dan lebihan peralatan perlindungan diri (PPE) yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2021 Siri 2. 

“PAC berpuas hati dengan kerjasama saksi dan akan memasukkan keterangan serta penjelasan bagi prosiding ini dalam laporan PAC berhubung isu ini untuk dibentang pada mesyuarat ketiga, sidang Dewan Rakyat. 

“Selain Ka Siong, turut memberi penjelasan hari ini ialah bekas Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan (KKM), Datuk Seri Dr. Chen Chaw Min, Setiausaha Bahagian (Perolehan dan Penswastaan) KKM yang mewakili Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) KKM, Datuk Seri Norazman Ayob dan bekas Pengarah Urusan Pharmaniaga Berhad, Datuk Farshila Emran,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Selain itu, kata Mas Ermieyati, PAC mendengar keterangan daripada dua bekas Pengerusi Felcra Bhd. iaitu bekas Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin pada 18 September lalu. 

Ia berhubung isu Felcra seperti yang dilaporkan dalam LKAN 2021 Siri 2: Syarikat Kerajaan Persekutuan. 

“PAC akan mengadakan prosiding seterusnya bagi isu ni bagi mendapatkan keterangan daripada bekas Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pelaburan) dan syarikat WZR Group iaitu kontraktor Menara Semarak 20 milik Felcra sebelum memuktamadkan laporan berkenaan perkara ini,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya