UMNO Perak zahir kesyukuran keputusan mahkamah kes Ahmad Zahid - Utusan Malaysia

UMNO Perak zahir kesyukuran keputusan mahkamah kes Ahmad Zahid

SAARANI MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: UMNO Perak menzahirkan kesyukuran terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang melepaskan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram.

Pengerusi UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, keputusan mahkamah itu sekaligus menggambarkan natijah yang besar atas segala ujian getir dihadapi Ahmad Zahid selama lebih lima tahun.

Menurutnya, sepanjang tempoh tersebut, Presiden UMNO itu berjuang membersihkan dirinya daripada percaturan pendakwaan politik yang sengaja dikenakan ke atasnya.

“Mengambil kira 11 alasan menghentikan pendakwaan ke atas semua pertuduhan tersebut, sudah tiba masanya kredibiliti institusi perundangan termasuk Jabatan Peguam Negara dan SPRM kembali dijernihkan.

“Ini setelah terdedahnya satu persatu eleman campur tangan bermotif politik dalam kes berkenaan.

“Justeru, keputusan mahkamah itu sewajarnya memberi pengajaran kepada semua pihak betapa insitusi kehakiman yang selama ini menjadi tunjang sistem keadilan dan keamanan mesti sentiasa dipertahankan daripada menjadi perkakas politik,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Saarani berkata, Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak berpendirian bahawa Kerajaan Perpaduan Malaysia perlu menjadi teladan dengan memberi kebebasan sepenuhnya kepada institusi perundangan dalam menegakkan keadilan.

“Ini bagi memastikan agar episod hitam pendakwaan politik tidak lagi berulang,” katanya.

Ahmad Zahid dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini atas 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar yang memaklumkan bahawa Jabatan Peguam Negara ingin memberhentikan semua prosiding terhadap Ahmad Zahid pada peringkat ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya