Tiada perancangan tambah anak - Utusan Malaysia

Tiada perancangan tambah anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Hos terkenal, Awal Ashaari memaklumkan dia dan isteri, Scha Al-Yahya tidak merancang untuk menambah cahaya mata dalam masa terdekat.

Kata Awal, buat masa ini, mereka ingin fokus membesarkan dua anak, Lara Alana dan Layla Amina.

“Saya pernah kata pada Scha, mungkin cukup dua (anak). Tapi, kalau Tuhan bagi lagi, kami tak akan menolak. Semua ini berbalik soal rezeki.

“Bukan mudah besarkan anak. Tanggungjawab besar, kena jaga kesihatan mental dan fizikal mereka. Cukupkan keperluan, bagi pendidikan dan bentuk kemahiran mereka.

“Saya dan Scha terlalu sibuk. Kadang keluar pagi, malam baru pulang ke rumah. Jadi kami sebolehnya tak mahu terbeban dengan anak terlalu ramai. Mungkin dua buat masa ini memadai,” katanya.

Awal dan Scha mendirikan rumah tangga pada Mei 2012. Mereka dikurniakan dua cahaya mata, Lara, 9 dan Lyla, 2.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN