Dewan Rakyat: Status kemajuan ECRL lebih 50 peratus 

Tiada pengambilan tanah melibatkan Taman Sungai Sireh untuk projek ECRL – Anthony Loke

ANTHONY LOKE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Setakat ini tiada sebarang pengambilan tanah yang dibuat melibatkan kawasan Taman Sungai Sireh, Pelabuhan Klang bagi tujuan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Katanya, sebarang pengambilan tanah memerlukan proses tertentu, dan jika ia berlaku Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) akan mengeluarkan notis pemakluman rasmi kepada penduduk terlibat selain pampasan setimpal akan diberikan.

“Kalau belum dimaklumkan, mungkin tapak tanah itu tidak diambil. Jadi tak payah (dengar) apa-apa khabar angin.
“Kalau betul ia akan diambil, mereka (penduduk) akan dimaklumkan… jadi tak perlu bimbang. Saya sentiasa mengingatkan pihak MRL dan pihak MRL, sebuah agensi yang telah bertahun-tahun (mengendalikan projek) dan bukannya syarikat baharu,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam pada itu Kementerian Pengangkutan memaklumkan, projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sudah mencapai kemajuan keseluruhan sebanyak 50.29 peratus.

Anthony berkata, tahun ini adalah tahun puncak pembinaan ECRL melibatkan kerja struktur utama seperti pemasangan rasuk, pembinaan stesen dan pemasangan landasan.

Katanya, kerja-kerja pembinaan seperti pembinaan jambatan yang menggunakan jentera beam launcher, kerja-kerja pengorekan, kerja-kerja struktur dan pembinaan terowong sedang giat dijalankan di sepanjang jajaran ECRL.

Menurut beliau, kerja-kerja pengorekan terowong menggunakan kaedah Tunnel Boring Machine (TBM) untuk terowong Genting pertama mencapai 3.10 kilometer (km) manakala terowong Genting kedua telah mencapai 4.29 km. 

“Jumlah panjang bagi setiap terowong Genting ialah 16.39 km dan satu-satunya terowong berkembar bagi projek ECRL. Selain itu, sejumlah 25 terowong berjaya ditembusi setakat 25 Ogos 2023 termasuk 21 terowong di Seksyen A dan Seksyen B manakala baki empat terowong adalah di bawah Seksyen C.

“Pada masa ini, tarikh penyiapan projek ECRL dari Kota Bharu, Kelantan sehingga ITT Gombak, Selangor masih kekal seperti yang dijadualkan iaitu pada 31 Disember 2026 manakala dari Gombak sehingga ke Pelabuhan Klang di negeri Selangor dijangkakan siap pada 31 Disember 2027.

“Projek ECRL akan memberi kesan aglomerasi yang dapat meningkatkan akses kepada peluang pekerjaan dan pusat-pusat ekonomi bagi merangsang aktiviti ekonomi di sepanjang koridor ECRL untuk pengagihan peluang sosio-ekonomi yang lebih seimbang,” katanya ketika menggulung perbahasan bagi kementerian itu sempena Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat hari ini. 

Bagaimanapun, katanya, kerajaan tidak mempunyai perancangan untuk mengembalikan jajaran asal ECRL ke Tumpat. 

“Skim Keretapi bagi jajaran sedia ada diluluskan dan sekiranya ingin dikembalikan ke jajaran asal, akan mengakibatkan impak yang tinggi kepada kewangan kerajaan,” katanya. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya