Syukur Adik Hawa masih bernafas - Utusan Malaysia

Syukur Adik Hawa masih bernafas

SUNIRA Musaraini Mustaffa menemani Qaseh Nurhawa yang menghidap pelbagai komplikasi penyakit di rumah mereka di Kampung Bukit Kolam, Hulu Terengganu. - UTUSAN/NOOR HAYATI MAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Sepasang suami isteri bersyukur bayi pe­rempuan mereka yang menghidap pelbagai kom­plikasi penyakit telah menginjak usia 16 bulan walaupun selepas dilahirkan dijangka bertahan hidup selama tiga hari.

Sunira Musaraini Mustaffa, 42, dan suami, Zaifulnizam Ismail, 42, dari Kampung Bukit Kolam di sini, gembira apabila anak keempat mereka, Qaseh Nurhawa semakin membesar walaupun tidak seperti kanak-kanak normal lain.

Menurut Sunira Musaraini, anaknya yang mesra dipanggil Adik Hawa menghidap pelbagai komplikasi penyakit selepas dilahirkan secara pembedahan pada 31 Mei tahun lalu sehingga harapan untuk hidup lama begitu tipis.

“Kini berat badannya 6.3 kilo­gram,” katanya di sini semalam.

Tambanya, anak perem­puannya itu tidak dapat menyusu secara normal, masih menggunakan tiub sepanjang 26 sentimeter serta bergantung kepada susu khas dengan perbelanjaan bulanan sekitar RM2,000.

Mereka yang ingin membantu boleh salurkan di akaun Bank Simpanan Nasional bernombor 1150029000205826 atas nama Sunira Musaraini Mustaffa atau hubungi 011-5524 6883. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN