Syed Saddiq perlu kosongkan kerusi Muar

Syed Saddiq perlu kosongkan kerusi Muar

LOKMAN NOOR ADAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Berikutan penarikan secara rasmi sokongan kepada Kerajaan Perpaduan oleh Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) semalam, Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman digesa mengosongkan kerusi Parlimen Muar. 

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam berkata, dengan mengosongkan kerusi Parlimen itu, Syed Saddiq perlu bertanding semula dengan kekuatan sendiri jika ingin terus menyandangnya hingga tamat penggal. 

Katanya, hal ini kerana ketika bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15, Syed Saddiq bertanding atas kesefahaman dengan Pakatan Harapan (PH) supaya tidak meletakkan calon untuk menentangnya. 

“Oleh yang demikian, perkara yang paling bermaruah sewajarnya beliau lakukan sekarang adalah mengosongkan kerusi Parlimen Muar dan bertanding semula dengan bantuan rakan-rakan Perikatan Nasional (PN) yang lebih mesra dengan beliau sekarang. 

“Itupun jika beliau masih ada maruah yang tersisa,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Menurut Lokman lagi, membawa sekali kerusi Parlimen Muar keluar dari Kerajaan pimpinan Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Sri Anwar Ibrahim adalah satu pengkhianatan kepada pengundi Muar yang memberikan sokongan kepadanya. 

Semalam, Syed Saddiq dengan rasminya menarik sokongan kepada Kerajaan Perpaduan kerana langkah Kerajaan Perpaduan di bawah kepemimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat bertentangan dengan prinsip kedaulatan undang-undang sejak akhir-akhir ini.

Pendirian itu sudah dimaklumkan kepada Yang DiPertua Dewan Rakyat Tan Sri Datuk Johari Abdul melalui surat rasmi memohon pertimbangan berbuat demikian di bawah Peraturan Mesyuarat 2(2) Peraturan-Peraturan Majlis Dewan Rakyat. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya