Sultan Terengganu rasmi Kompleks Pentadbiran Bandar Al-Wathiqu Billah  - Utusan Malaysia

Sultan Terengganu rasmi Kompleks Pentadbiran Bandar Al-Wathiqu Billah 

SULTAN Mizan Zainal Abidin (lima dari kiri) dan Sultanah Nur Zahirah (lima dari kanan) bergambar kenangan selepas majlis perasmian Kompleks Pentadbiran Bandar Al Wathiqu Billah, Kuala Nerus, hari ini. - UTUSAN/KAMALIZA KAMARUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS : Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan merasmikan Kompleks Pentadbiran Bandar Al-Wathiqu Billah di Dewan Perdana, di sini, hari ini.

Turut berangkat ke majlis tersebut ialah Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah.

Keberangkatan tiba baginda berdua disambut Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan isteri, Toh Puan Seri Tuan Faizah Tuan Ab. Rahman serta pimpinan tertinggi negeri yang lain.

Baginda turut melawat tapak pameran mengenai kompleks pentadbiran daerah baharu itu serta meletakkan tapak tangan di iPad sebagai simbolik perasmian.

Daerah baharu Kuala Nerus telah diisytiharkan secara rasminya sebagai daerah kelapan dalam Negeri Terengganu pada 18 September 2014. 

Terdahulu, Ahmad Samsuri dalam ucapannya berkata, majlis peletakan batu asas pusat pentadbiran daerah Kuala Nerus telah diadakan pada 9 Mei 2015 dan disempurnakan oleh Sultan Mizan.

Menurutnya, pusat Pentadbiran Daerah Kuala Nerus telah diisytiharkan sebagai Bandar Al-Wathiqu Billah oleh baginda sempena Ulang Tahun Ke-53 Hari Keputeraan Sultan Mizan.

“Fasa pembinaan Pusat Pentadbiran Baru Kuala Nerus telah bermula pada 15 Disember 2015 dan telah siap sepenuhnya pada 28 Oktober 2021 manakala penyerahannya diadakan pada 3 Januari 2022. 

“Pusat Pentadbiran ini berkeluasan  187.76 hektar yang menempatkan bangunan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Nerus, bangunan gunasama Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan yang merangkumi enam jabatan, dan kemudahan seperti Dewan Perdana, pusat komersial dan lain – lain,” katanya.

Tambahnya lagi, dengan tertubuhnya Kompleks Pentadbiran Kuala Nerus ini, ia telah memberikan impak yang positif terhadap kualiti perkhidmatan dan khidmat pelanggan yang lebih baik, malah mampu untuk merancakkan kitaran ekonomi di kawasan sekitarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya