PUTRAJAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meminta orang ramai agar dapat merujuk kadar ukuran gempa bumi sebagai skala magnitud dan bukannya Richter. Menurut jurucakapnya ketika dihubungi Utusan Malaysia, agensi di bawah Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim itu tidak lagi merujuk skala Richter untuk pelaporan gempa. “Sebenarnya untuk kes insiden gempa bumi, MetMalaysia telah pun menggunakan skala momen magnitud yang juga ditulis ringkas dengan simbol huruf Mw sahaja,” katanya.…










