SK To' Kandu terbakar, tiada mangsa terlibat - Utusan Malaysia

SK To’ Kandu terbakar, tiada mangsa terlibat

TIGA daripada lima buah kelas musnah dalam satu kebakaran di Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang To' Kandu di Jalan Permatang Pauh, Pulau Pinang petang tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

BUKIT MERTAJAM: Tiga daripada lima buah kelas musnah dalam satu kebakaran di Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang To’ Kandu di Jalan Permatang Pauh, di sini petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, dua lagi kelas dilaporkan musnah terbakar 40 peratus.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berlaku pukul 6.02 petang dan operasi pemadaman api melibatkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perai.

Tiga daripada lima buah kelas musnah dalam satu kebakaran di Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang To’ Kandu di Jalan Permatang Pauh, di sini petang tadi.

Menurutnya, operasi turut melibatkan kerjasama BBP Jalan Perak, Penanti, Kepala Batas dan Bayan Baru.

“Kebakaran melibatkan sebuah sekolah tiga tingkat membabitkan sebanyak lima buah kelas dengan tiga buah kelas musnah keseluruhannya.

“Kebakaran dapat dikawal pukul 6.31 petang tadi dan operasi pemadaman turut dibantu oleh pasukan bomba sukarela berdekatan,” katanya di sini hari ini.

Bagaimanapun, sehingga setakat ini, tiada mangsa yang dilaporkan terlibat dalam kebakaran itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya