Sistem Pangkalan Data Utama selaras pengagihan subsidi, bantuan

Sistem Pangkalan Data Utama selaras pengagihan subsidi, bantuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengagihan subsidi dan bantuan secara bersasar kepada rakyat akan diselaraskan melalui Sistem Pangkalan Data Utama (Padu) yang berteraskan data isi rumah bagi meningkatkan kecekapan dan pemantauan bantuan kerajaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penjimatan daripada subsidi yang lebih bersasar dapat diagihkan semula bagi tujuan projek pembangunan dan program rakyat.

“Penstrukturan semula subsidi elektrik, diesel dan petrol serta bantuan sosial lain juga akan dilakukan demi memastikan pengurusan fiskal yang lebih berhemat dan mengurangkan herotan ekonomi. 

“Jaminan diberikan bahawa rakyat yang kurang bernasib baik kekal menjadi keutamaan Kerajaan untuk diselamatkan dan akan terus dibantu,” katanya ketika pembentangan Kajian Separuh Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Menurut Anwar, kerajaan bertekad menambah baik mekanisme penyampaian subsidi bersasar sebagai satu daripada anjakan utama Ekonomi Madani. 

“Kerajaan memikul amanah untuk membela rakyat bawah pemerintahannya, khususnya rakyat yang kurang berkemampuan. Justeru, mekanisme subsidi bersasar bertujuan memastikan nasib golongan tersebut terbela dan mendapat limpahan manfaat daripada bantuan yang disalurkan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN