ALOR SETAR: Kekurangan beras putih tempatan (BPT) dalam pasaran dipercayai berpunca daripada tindakan pihak-pihak tertentu menyimpan stok bagi mengaut untung daripada penjualan beras import yang harganya lebih tinggi. Presiden Persatuan Pengguna Kedah (Cake), Mohd. Yusrizal Yusoff berkata, beliau yakin kekurangan BPT bukan disebabkan trend pembelian panik dalam kalangan pengguna kerana hasil tuaian padi di negara ini tidak berkurangan. Katanya, dakwaan sedemikian tidak seharusnya dibuat oleh mana-mana pihak apatah lagi oleh…










