PETALING JAYA: Kerajaan diminta untuk menaikkan gaji sehingga 30 peratus sebagai satu usaha untuk melakukan pelarasan gaji pensyarah serta penjawat awam. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden Gabungan Kesatuan-Kesatuan Universiti Awam Malaysia (Gakum), Zulkifli Mohammad berkata, kenaikan itu amat wajar dalam keadaan kos sara hidup semakin meningkat. Beliau berkata, walaupun pendapatan penjawat awam pernah diselaraskan semasa zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi, kadar ketika ini sudah di luar kemampuan kumpulan penjawat awam…










