Segerakan pelantikan pengerusi JPKK Kampung Gajah - Utusan Malaysia

Segerakan pelantikan pengerusi JPKK Kampung Gajah

MOHD. Shazaly Zainal Abidin (depan, tengah) pada sidang akhbar di Kampung Gajah, Pasir Salak hari ini. - UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR SALAK: Persatuan Pembangunan Komuniti Daerah Perak Tengah menggesa kerajaan negeri menyegerakan pelantikan pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) atau ketua kampung.

Setiausahanya, Mohd Shazaly Zainal Abidin berkata, ini kerana lantikan itu sudah tertangguh hampir setahun.

Menurutnya, kelewatan melantik lebih 50 ketua kampung di daerah kecil Kampung Gajah itu menjejaskan pelan pembangunan atau kemajuan komuniti setempat.

“Isu ini perlu dipandang serius agar pengurusan dan kemajuan komuniti kampung segera dilaksanakan sejajar dengan polisi kerajaan Malaysia Madani,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Sementara itu, penduduk, Badrul Hisham Uda, 62, berkata, rumahnya menjadi tumpuan penduduk setelah namanya dicalonkan sebagai ketua kampung Kepala Pulau/Kota.

Katanya, malah dia menerima panggilan yang mengucapkan tahniah dan diminta menghadiri satu majlis namun, majlis itu ditunda tanpa sebab.

Sebelum ini Pengerusi Jawatankuasa Eembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan negeri, Datuk Mohd Zolkafly Harun berkata, saringan teliti yang dibuat oleh kerajaan negeri antara sebab berlaku kelewatan pelantikan ketua kampung di negeri ini.

Menurutnya, beberapa kriteria perlu diperhalusi bagi setiap calon yang dinamakan oleh parti-parti di dalam Kerajaan Perpaduan.

Beliau menjelaskan bahawa kesemua lantikan melibatkan 828 kampung di Perak dijangka akan diselesaikan pada Julai lalu dan 390 ketua kampung yang telah selesai dilantik menerusi tiga fasa lantikan sudah memulakan tugas. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN