Saya masih terasa sedih - Salamiah Hassan - Utusan Malaysia

Saya masih terasa sedih – Salamiah Hassan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAMA tidak mendengar khabar penyanyi, Salamiah Hassan. Apatah lagi selepas kehilangan suami tercinta, Gerald Hughes, penyanyi ikonik dengan lagu Gelombang ini seakan menyepi dari radar seni.

Pertemuan di konsert Ini Baru Bintang terbitan RTM baru-baru ini membuka peluang saya bertanya khabar penyanyi veteran ini. Salamiah berkongsi luahan perasaan yang masih memendam rindu dan kesedihan terhadap arwah suaminya.

“Ada hari yang okey, dan ada yang tidak. Ia masih fasa yang sukar buat saya. Tanggal 1 September lepas genap satu tahun perkahwinan saya dengan arwah. Walaupun saya sebelum ini bersedia berdepan kehilangan dia, tapi kadang-kadang saya masih terasa terlalu sedih.

“Saya sekali sekala terbang ke Australia untuk menziarahi pusara arwah. Saya tak kuat untuk kembali ke kediaman kami di sana, apatah lagi melihat pokok dan bunga yang kami tanam bersama-sama. Jadi, kalau ke sana, saya akan tinggal di tempat lain.

“Itu bukan tempat menggembirakan untuk saya. Tiadanya lagi dia untuk menjemput saya di lapangan terbang seperti yang selalu dia buat ketika hayatnya. Tapi saya kuatkan hati, sekali-sekala pergi ke sana sebab saya mahu dekat dengannya walaupun dia tak ada di situ. Saya tidak dapat melupakan arwah walau sesaat pun,” luahnya.

Sempat bergelar isteri kepada Hughes selama dua bulan, banyak kenangan yang Salamiah simpan bersama arwah sewaktu hayatnya. Katanya, meskipun sukar menerima ketiadaan arwah, dia reda dengan ketentuan Tuhan.

“Saya tidak sangka saya berkahwin lagi. Saya kenal arwah 20 tahun, tapi semakin akrab ketika pandemik. Sebelum kahwin kami banyak meluangkan masa bersama. Sarapan, makan tengah hari dan malam secara dalam talian bersama-sama.

“Aturan Allah itu cantik. Lepas dua tahun rapat, kami berkahwin, di depan jurunikah dan saksi dari Malaysia di Melbourne. Kemudian, Allah ambil dia. Saya percaya sebab Allah sayang dia,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya