Rosakkan motosikal, tunggakan bayaran 34 bulan - Utusan Malaysia

Rosakkan motosikal, tunggakan bayaran 34 bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang penunggang p-hailing tular selepas bertindak merosakkan motosikal miliknya di kawasan pusat beli-belah di Puchong dipercayai berpunca tidak puas hati kenderaan itu hendak ditarik kerana tertunggak hampir tiga tahun.

Kejadian kira-kira pukul 3.10 petang pada 11 September lalu itu telah tular di laman sosial sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, tindakan itu berlaku selepas pemilik motosikal tidak berpuas hati dengan penarikan motosikal disebabkan mempunyai tunggakan bayaran selama 34 bulan.

“Lelaki itu tendang motosikalnya sendiri sebelum serah kepada ejen tarik kenderaan.

“Laporan tarik motosikal dibuat oleh ejen tarik kenderaan pada hari sama di Balai Polis Brickfield,” katanya dalam kenyataan hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN