Prolintas sumbang dana kepada waris mangsa nahas

Prolintas sumbang dana kepada waris mangsa nahas pesawat Beechcraft di Elmina

MOHAMMAD AZLAN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd. (Prolintas) menyerahkan sumbangan kepada waris mangsa nahas pesawat Beechcraft Premier 1 yang terhempas di persimpangan Elmina, Lebuhraya Koridor Guhtrie, sebelum ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prolintas, Datuk Mohammad Azlan Abdullah berkata, sumbangan itu adalah inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat selaku penyedia lebuh raya terbesar di Lembah Klang. 

“Kami bersimpati terhadap keluarga mangsa-mangsa nahas pesawat tersebut dan diharap sumbangan ini sedikit sebanyak membantu mereka untuk menghadapi ujian ini,” katanya. 

Prolintas berkata, wakilnya telah menziarah salah seorang keluarga mangsa nahas kepada pemandu e-hailing, Allahyarham  Sharipuddin Shaari di Sepang pada 12 September lalu. 

Sumbangan itu disampaikan kepada balu dan anaknya, Suriani Muda dan Muhamad Sharul Izuan Sharipuddin. 

Selain itu, sumbangan turut diserah kepada waris kepada seorang lagi mangsa nahas iaitu penghantar makanan, Allahyarham Muhamad Hafiz Muhammad Salleh di pejabat pentadbiran Prolintas, pada 1 September lalu. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN