Polis siasat dakwaan Howard Lee tafsir ayat Al-Quran

Polis siasat dakwaan Howard Lee tafsir ayat Al-Quran

AYOB KHAN MYDIN PITCHAY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat Ahli Parlimen Ipoh Timur, Howard Lee Chuan How yang dikatakan membuat tafsiran sendiri terhadap ayat al-Quran susulan video tular baru-baru ini. 

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pihaknya membuka siasatan di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Pihak polis ada menerima laporan semalam dan kertas siasatan dibuka.

“Siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Terdahulu, Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, pihaknya menerima satu laporan berhubung perkara itu. 

“Bagaimanapun, kita rujuk kepada laporan asal yang dibuat di (Balai Polis) Jalan Tun Razak,” katanya. 

Semalam, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Jalinan Bersatu Sahabat (Jabat) Perak membuat laporan polis bagi mendesak siasatan dijalankan terhadap Howard Lee kerana dianggap menghina Islam.

Presiden Jabat Perak, Amiruddin Mohd. Daud dilaporkan, laporan polis tersebut dibuat bagi meminta siasatan dan tindakan dikenakan terhadap Howard Lee kerana dianggap menghina agama Islam.

Menurutnya, segala hal berkaitan tafsiran ayat-ayat suci al-Quran hendaklah disentuh atau ditafsir oleh mereka yang pakar dalam bidang tersebut apatah orang bukan Islam namun bertindak menafsirkan ayat di dalam al-Quran yang sekali gus turut menyentuh perkara 3R (agama, raja, kaum).

Sebelum ini, Ketua Dewan Pemuda PAS Perak turut menyifatkan Howard Lee sebagai kurang ajar dan cuba memprovokasi apabila mendakwa ahli parlimen DAP itu menjadi pentafsir kepada al-Quran dengan memutarbelitkan tafsir ayat 59 surah an-Nisa. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN