Poligami : Minta izin atau minta maaf ? - Utusan Malaysia

Poligami : Minta izin atau minta maaf ?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

SEGELINTIR wanita paranoid dengan istilah poligami kerana banyak kes berlaku disebabkan sikap ketidakjujuran suami untuk membangunkan sebuah institusi keluarga yang harmoni dan dirahmati.

Realiti itu didedahkan Pakar Motivasi dan Kaunseling Keluarga, Dr. Robiah Kulop Hamzah mengenai kliennya yang pernah datang mengadu masalah rumah tangga kepadanya.

Katanya, pernah berlaku kes isteri kedua tidak mahu menguruskan jenazah suami dan akhirnya diserahkan tanggungjawab tersebut kepada isteri pertama.

Ada juga kes isteri kedua ‘meracun’ suami menceraikan isteri pertama dengan memaksa peguam mencipta alasan supaya memperlihatkan isteri pertama berlaku curang dan nusyuz.

“Rata-rata isteri pertama yang datang kepada saya tidak dapat menerima poligami kerana suaminya sudah bernikah tanpa pengetahuan mereka.

“Ramai yang datang adalah golongan terpelajar, mempunyai kerjaya hebat serta kewangan yang
kukuh,” katanya.

Beliau turut melahirkan rasa bimbang dengan sikap kebanyakan lelaki yang tidak mempunyai ilmu untuk
berpoligami.

Lebih merisaukan katanya, apabila suami tidak memainkan peranan mendidik isteri pertama tentang poligami yang dibenarkan mengikut syariat Islam.

“Jangan akhirnya poligami itu menjadi satu wabak dan racun kepada keluarga, isteri pertama dan kedua serta menimbulkan kesulitan kepada anak-anak kelak.

“Poligami yang asalnya boleh membahagiakan akhirnya mengundang derita dan kesengsaraan kepada institusi kekeluargaan,” ujarnya.

POLIGAMI PERLU DIHEBAHKAN

BUKAN sembunyi atau dirahsiakan. Sebaliknya poligami perlu dihebahkan supaya hak isteri pertama dan anak-anak terbela.

Peguam, Nurul Qurratul Aini Md Roslan menjelaskan tidak sewajarnya suami menyembunyikan poligami kerana ia boleh menimbulkan persoalan sama ada sesuatu perkahwinan tersebut berjalan baik atau sebaliknya.

“Poligami akan menimbulkan situasi sama ada ‘minta maaf’ atau ‘minta izin’ daripada pengamalnya.

“Kalau si suami minta izin daripada isteri pertama dengan cara baik sudah tentu dia akan buat permohonan di mahkamah, membela hak isteri dan anak, serta mematuhi prosedur.

“Situasi minta maaf ini pula akan timbul sekiranya si suami berahsia, sama ada nikah secara senyap-senyap atau kahwin melalui ejen dan sindiket,” katanya.

Mengulas mengenai ramai lelaki sanggup bernikah terlebih dahulu sebelum memberitahu isteri pertama, Nurul Qurratul Aini berkata, poligami di negara ini tidak mensyaratkan untuk mendapatkan kebenaran isteri pertama.

“Kalau kahwin lain sekalipun, mereka tahu perkahwinan baharu tidak terbatal.

“Hanya perlu hadir ke mahkamah untuk mengisytiharkan kemampuan serta hanya bayar denda RM1,000,” katanya.

Peguamcara dan peguambela ini pernah mengendalikan kes poligami melibatkan pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga selama 29 tahun.

Kongsinya, suami dikategorikan sebagai golongan T20 kerana mempunyai empat rumah, simpanan di bank melebihi RM500,000 serta simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sudah melebihi
sejuta.

“Kalau pasangan yang sudah berkahwin lama ini selalunya mereka bukan tawar hati, tetapi marah dengan sikap suami yang bernikah secara senyap-senyap.

“Apatah lagi yang dinikahinya adalah janda anak empat. Niat asal kononnya hendak membantu, akhirnya jatuh cinta dan berkahwin,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya