PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka berlepas ke New York, Amerika Syarikat untuk menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA).
Bagaimanapun, difahamkan, Anwar terlebih dahulu akan menghadiri Sidang Dewan Rakyat bagi membuat penggulungan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).
Beliau dijangka membuat pergulungan itu sekitar pukul 4 petang.
Antara lain, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said memaklumkan bahawa Perdana Menteri akan menjawab segala persoalan berhubung keputusan melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, di Dewan Rakyat.
Difahamkan, Perdana Menteri dijangka berlepas ke AS selepas agenda di Parlimen selesai. -UTUSAN