SERAMAI 300 orang murid dan sembilan orang guru teruja apabila Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak, Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang (PPAP) memulakan tugasan pertamanya di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Bota, Chenor, Maran baru-baru ini.
Ketua Unit Perpustakaan Digital dan Sumber Media PPAP, Mohd Saiful Kamaluddin berkata, program yang turut dijayakan bersama dengan kaki tangan Perpustakaan Awam Maran dan Chenor melibatkan aktiviti promosi bahan bacaan, keahlian u-Pustaka serta kuiz bertemakan Kemerdekaan.
“Selain menyedarkan membaca sebagai sumber pengetahuan, program ini juga menitipkan semangat patriotisme apabila murid menyertai kuiz bertemakan kemerdekaan sempena sambutan bulan kemerdekaan tahun ini,” katanya di Sekolah Kebangsaan Bukit Bota, Chenor, Maran baru-baru ini. –UTUSAN