'Perkampungan' PATI di Puncak Alam diserbu, 49 ditahan

‘Perkampungan’ PATI di Puncak Alam diserbu, 39 ditahan

KEADAAN perkampungan PATI yang diserbu di Puncak Alam, Selangor, Sabtu lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 39 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan selepas ‘perkampungan’ mereka di kawasan hutan di Puncak Alam, Selangor diserbu pasukan penguatkuasaan Jabatan Imigresen Malaysia awal pagi Sabtu lalu.

Dalam operasi pada pukul 2 pagi itu, semua PATI yang ditahan adalah terdiri daripada warganegara Indonesia membabitkan 14 lelaki, 22 perempuan, seorang kanak-kanak lelaki dan dua kanak-kanak perempuan.

Dalam serbuan itu, seramai 95 orang warga asing diperiksa dan hasilnya seramai 49 orang PATI yang berumur di antara dua hingga 52 tahun ditahan atas pelbagai kesalahan. 

Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Datuk Ruslin Jusoh berkata, pasukan operasi terpaksa berjalan kaki di dalam gelap hampir 15 minit untuk tiba ke penempatan haram tersebut melalui jalan hutan. 

Katanya, serbuan yang dilaksanakan sangat mencabar kerana penempatan haram itu berada jauh di dalam hutan dari laluan utama dan dikelilingi cerun yang curam. 

“Terdapat banyak lorong-lorong yang tersembunyi bagi memudahkan PATI meloloskan diri dari ditangkap.

“Semasa serbuan, terdapat PATI yang cuba melarikan diri melalui lorong-lorong hutan dan melompat ke cerun-cerun yang curam. Tindakan mereka ini boleh membahayakan keselamatan diri sendiri.

“Bagaimanapun, hampir semua yang cuba melarikan diri berjaya ditahan kerana kawasan tersebut dikepung terlebih dahulu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Operasi dilaksanakan dengan kekuatan seramai 110 orang pegawai daripada Bahagian Penguatkuasaan, Bahagian Pencegahan Atipsom dan Amla, Bahagian Pengurusan Depot dan Tahanan, Pasukan Taktikal Khas (Pastak) Ibu Pejabat, Putrajaya dan turut dibantu oleh 13 orang pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) serta lima orang anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Mengulas lanjut, beliau berkata, baki 56 orang yang diperiksa tidak ditahan kerana mereka mempunyai slip pendaftaran program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) 2.0 dan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang masih sah laku. 

“Jabatan ini akan memanjangkan maklumat dan laporan penempatan haram ini kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang berkenaan untuk tindakan lanjut.

“Antara kesalahan yang dikenal pasti ialah tiada dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa, dan lain-lain kesalahan yang melanggar Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” katanya.

Semua Pati ditahan ditempatkan di Depot Imigresen Semenyih, Selangor untuk tujuan siasatan dan tindakan lanjut.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya