Perbicaraan Ebit Lew bertukar jadi pertikaman lidah

Perbicaraan Ebit Lew bertukar jadi sesi ‘pertikaman lidah’

YIP Chang Ching hadir sebagai saksi kelapan perbicaraan kes Ebit di Mahkamah Majistret Tenom hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TENOM: Pemeriksaan utama bagi saksi kelapan perbicaraan kes gangguan seksual melibatkan pendakwah terkenal, Ebit Lew bertukar menjadi pertikaman lidah antara pihak pendakwaan dan pembelaan.

Pertikaman lidah bermula apabila pendakwaan ingin mengambil keterangan saksi kelapan iaitu Juruanalisis Unit Siasatan Jenayah Komputer, Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Inspektor Yip Chang Ching mengenai laporan LGMS.

Pertanyaan Timbalan Pendakwa Raya, Zahida Zakaria bertanya mengenai kemungkinan untuk melakukan pemeriksaan utama mengenai laporan LGMS mendapat bantahan daripada pihak pembelaan.

Peguam mewakili tertuduh, Ram Singh memberitahu mahkamah bahawa pihak pembelaan berpandangan, segala kandungan berkaitan cakera video digital (DVD-R) dan pemacu kilat yang akan diberi keterangan oleh saksi kelapan perlu dikaji terlebih dahulu.

“Berikan kami tempoh untuk kaji DVD-R dan pemacu kilat dan segala yang berkaitan dengan IDD-2 kerana sumber membabitkan semua barang kes berkenaan diperoleh daripada LGMS, maka, pertanyaan mengenainya boleh dikemukakan pada perbicaraan berikutnya,” katanya di Mahkamah Majistret hari ini.

Menurutnya lagi, IDD-2 iaitu laporan siasatan forensik digital disediakan oleh pakar daripada syarikat LGMS dan orang terbaik yang sepatutnya menjelaskan tentang IDD-2 adalah LGMS dan bukannya saksi kelapan.

LGMS adalah syarikat penyedia perkhidmatan keselamatan siber professional yang menganalisis data digital.

Malah, saksi kelapan juga bukan orang yang menjalankan mengekstrak cakera keras daripada LGMS kepada cakera keras PDRM. Maka, tiada keperluan untuk saksi kelapan memberi keterangan mengenai laporan forensik tersebut.

Sebelum pemeriksaan utama bermula, Ram memberitahu mahkamah, sekiranya saksi kelapan menerangkan tentang analisis kandungan pemacu kilat yang akan dikemukakan sebagai bahan bukti maka, pembelaan memohon diberikan masa mencukupi untuk meneliti kandungan pemacu kilat berkenaan.

Ram turut memohon agar saksi memberikan salinan kandungan DVD-R dan pemacu kilat yang akan diberi keterangan oleh saksi kelapan.

Kemudian Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad menyatakan memandangkan soalan-soalan berikutnya terhadap saksi kelapan berkaitan dengan DVD-R dan pemacu kilat maka, saksi diminta untuk membuat penyerahan salinan kandungan kepada pihak pembelaan dan pendakwaan.

Terdahulu, Chang Ching turut memberitahu kepada mahkamah beliau diberi arahan oleh pegawai penyiasat untuk menganalisis kandungan berunsur lucah yang berkaitan dengan kes tersebut.

Selepas mendengar hujah daripada kedua-dua pihak, Majistret Nur Asyraf Zolhani memutuskan bahawa perbicaraan itu tidak akan diteruskan dengan saksi kelapan sehingga masa yang mencukupi diberikan kepada pihak pembelaan untuk mengkaji kandungan pemacu kilat.

Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew,38, didakwa atas 11 pertuduhan gangguan seksual iaitu membuat hantaran gambar dan perkataan lucah antara 29 Mac hingga 18 Jun 2021.

Atas kesalahan itu, Ebit didakwa dibawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, denda atau kedua-duanya bagi setiap pertuduhan.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah dan Zahida manakala, tertuduh diwakili Peguam Ram Singh dan Mohd. Syarulnizam Salleh Keruak. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya