Penyakit jantung kekal penyebab utama kematian di Malaysia

Penyakit jantung kekal penyebab utama kematian di Malaysia

SAKIT jantung menjadi penyumbang utama kematian di Malaysia. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Penyakit berkaitan jantung kekal sebagai penyebab utama kematian di Malaysia dengan merekodkan 18,515 kematian.

Statistik terkini Jabatan Perangkaan Malaysia 2022 menunjukkan bahawa Ischaemic heart diseases mencatatkan sebab kematian kedua tertinggi di negara ini pada tahun 2021 iaitu 13.7 peratus selepas Covid-19.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan, Ischaemic heart diseases juga merupakan sebab kematian utama bagi kumpulan umur 41 hingga 59 tahun (20 peratus) dan 60 tahun ke atas (18 perarus).

“Perbelanjaan akibat penyakit jantung membebankan negara, dianggarkan sebanyak RM3.93 bilion daripada jumlah keseluruhan RM9.65 bilion kos perawatan kesihatan adalah digunakan bagi perbelanjaan merawat pesakit jantung.

“Beban kos ini dijangka terus meningkat jika tindakan sewajarnya tidak diambil untuk mengawal dan mencegah penyakit tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini bersempena sambutan Hari Jantung Sedunia.

Muhammad Radzi berkata, bukti saintifik menunjukkan penyakit diabetes, hipertensi, berat badan berlebihan serta tahap kolesterol tinggi menyumbang kepada peningkatan penyakit kardiovaskular.

Di samping itu, katanya, pemakanan dan amalan gaya hidup tidak sihat seperti merokok, kurang bersenam, stres dan pengambilan alkohol juga meningkatkan risiko penyakit jantung.

Justeru, kata beliau, Kementerian Kesihatan Malaysia sedang berusaha memperkukuhkan aktiviti-aktiviti pencegahan serta pengesanan awal faktor risiko agar intervensi dan rawatan awal dapat diberikan.

“Di antara usaha utama dilakukan adalah memperkenalkan Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan (NHSI) bermula Julai 2022 dan mensasarkan seramai 1.5 juta rakyat Malaysia berumur 18 tahun.

“Saringan dilaksanakan termasuk pengukuran Indeks Jisim Tubuh (BMI), pemeriksaan tekanan darah, ujian paras gula dan ujian paras kolesterol,” katanya.

Beliau berkata, aktiviti saringan ini dilakukan di semua Klinik Kesihatan, melalui Peka B40 atau melalui program komuniti termasuk Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN) dan program saringan dari rumah ke rumah melalui Program Madani Afiat.

Sejak dilancarkan pada Julai 2022, katanya, seramai 2,128,048 individu membuat saringan di mana seramai 1,111,568 individu menjalankan saringan pada tahun ini sehingga 27 September lalu.

“Saya menyeru kepada semua lapisan masyarakat agar mengambil kesempatan untuk membuat saringan bagi mengenalcpasti risiko dihadapi agar masalah penyakit jantung dapat diatasi.

“Saya juga menyeru agar semua masyarakat terus mengamalkan gaya hidup sihat dengan mengambil enam langkah utama termasuk mengamalkan gaya hidup sihat, berhenti merokok, melakukan aktiviti fizikal, makan secara sihat dan seimbang, mengekalkan berat badan ideal dan menghindari alkohol,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya