MARANG: Lebih 20 peniaga di Pasar Baru Wakaf Tapai dekat sini kecewa dengan tindakan Majlis Daerah Marang menaikkan kadar sewa di pasar itu sehingga melebihi dua kali ganda mulai 1 Oktober ini. Tinjauan mendapati, kenaikan paling ketara melibatkan tapak sayur dan ikan iaitu daripada RM30 kepada RM100 manakala tapak daging pula dinaikkan sebanyak RM20 kepada RM50. Selain itu, kadar sewa kiosk pula daripada RM150 kepada RM170 dan kadar baharu sewa…










