Pengusaha IKS mohon pusat pengeluaran di Simpang Jeram

Pengusaha IKS mohon pusat pengeluaran di Simpang Jeram

Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Seri Ahmad Maslan dan calon Pakatan Harapan (PH) Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, Ir. Nazri Abdul Rahman (dua dari kanan) melawat Syakirin Abdul Kadir ketika program menyantuni penduduk di Taman Pertama Indah, Muar, Johor. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR: Pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) di Taman Pertama Indah, Sungai Abong dekat sini merayu disediakan sebuah pusat IKS untuk membolehkan mereka berdaya maju dalam memproses produk jualan perusahaan masing-masing.

Pengusaha kuih bakar, Syakirin Abdul Kadir, 43, berkata, lebih setahun keluarganya menjadikan kediaman sendiri sebagai tempat memproses produk jualannya.

Katanya, hampir separuh produk seperti kek marble, bahulu gulung, roti naik, kuih bangkit dan kuih kapit diedarkan kepada pembekal di Selangor manakala selebihnya dijual sekitar Muar dan Parit Sulong.

“Keadaan ini menyebabkan kami kekurangan tempat untuk memproses lebih banyak stok jualan terutama sekali ketika menghadapi musim perayaan,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, semalam.

Tambah Syakirin, pihaknya tidak mengharapkan pembinaan tempat jualan kerana sudah mempunyai pelanggan dan pembekal tetap.

Ujarnya, apa yang diperlukan adalah pusat yang boleh menempatkan mesin serta pusat pengumpulan barang jualan sebelum diedarkan kepada pembekal.

“Buat masa ini, semua kerja hanya dibantu oleh isteri, Mastura Abd Rahim, 39, yang berperanan sebagai membantu proses pembuatan kuih,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN