Pengamal media sertai Program Menembak anjuran Polis K

Pengamal media sertai Program Menembak anjuran Polis KL

ALLAUDEEN Abdul Majid (tengah) dalam program menembak sempena sambutan hari polis ke 216 di Lapang Sasar PGA, Cheras. – UTUSAN/MASZUREEN HADZMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Seramai 10 orang pengamal media tanah air menyertai Program Menembak bersempena Hari Polis ke-216 anjuran Polis Kontinjen Kuala Lumpur di Lapang Sasar Pasukan Gerakan Am (PGA), Cheras baru-baru ini .

Dalam acara tersebut, pasukan yang diketuai Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid mengungguli kategori jatuhan piring.

Pasukan berkenaan berjaya mengatasi Pasukan Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur diketuai Datuk Azry Akmar Ayob.

Bagi kategori Centre Fire berkumpulan, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi berjaya merangkul juara mengatasi IPD Putrajaya.

Kategori Centre Fire Individu pula dijuarai Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz.

Program yang disertai pegawai dan anggota polis dari pelbagai daerah dan kontinjen Kuala Lumpur itu diadakan sempena sambutan Hari Polis Mac lalu. –UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN