Pemuda buktikan kejayaan guna teknologi ternak ayam

Pemuda buktikan kejayaan guna teknologi ternak ayam

MUHAMMAD Norsyahidin Abu Hasan memeriksa anak ayam yang diternak di ladang tertutup di Kampung Temala, Marang, Terengganu, semalam. – UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Seorang pemuda dari Kampung Temala, di sini yang menceburi bidang penternakan ayam sejak lima tahun lalu kini memiliki sebuah ladang ayam secara tertutup yang dapat mengeluarkan 30,000 ekor ayam bagi setiap pusingan.

Pemilik Dinsan Farm, Muhammad Norsyahidin Abu Hasan, 32, berkata, pada peringkat permulaan, sebanyak 25,500 ekor anak ayam dimasukkan di dalam ladang baharu yang berukuran 110 meter panjang dan 18 meter lebar itu pada 19 September lalu.

Katanya, kos pembinaan ladang ayam tertutup dan kelengkapan kemudahan lain yang dapat menampung 30,000 ekor ayam itu berharga RM1.3 juta.

Katanya, dia merancang membesarkan ladang ayam tersebut di kawasan seluas satu hektar itu sehingga dapat menampung 150,000 ekor ayam bagi satu pusingan secara berperingkat dalam tempoh lima tahun.

“Pengeluaran sebanyak 30,000 ekor ayam bagi satu pusingan dari ladang ini akan membantu memenuhi permintaan pasaran di Kuala Terengganu dan Marang,” katanya ketika ditemui di Dinsan Farm, Kampung Temala, di sini, semalam.

Muhammad Norsyahidin yang memiliki Sarjana Pengurusan Perniagaan dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) berkata, ladang ternakan ayam tertutup itu dilengkapi teknologi moden seperti sistem kawalan suhu dan kelembapan serta penyediaan makanan secara automatik. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN