10 pegawai penguatkuasa antara 33 individu ditahan SPRM ambil rasuah lindung warga asing

10 pegawai penguatkuasa antara 33 individu ditahan SPRM ambil rasuah lindung warga asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Seramai 10 pegawai penguat kuasa antara 33 individu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat dalam sindiket rasuah dan pelbagai kesalahan berkaitan Akta Imigresen membabitkan kemasukan dan pengurusan warga asing sejak 2021.

Selain penguatkuasa terlibat, turut ditahan iaitu penjawat awam, orang awam dan warga asing terdiri daripada 25 lelaki dan sembilan wanita berusia lingkungan 20 hingga 50-an.

Kesemua suspek ditahan antara pukul 10 pagi hingga 8 malam semalam ketika hadir memberi keterangan di empat pejabat SPRM iaitu di Putrajaya, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka.

Penahanan itu dilakukan menerusi perasi bersepadu dijalankan melalui Bahagian Perisikan dan SPRM Negeri itu menerusi Op Layer di Wilayah Persekutuan Putrajaya, Op Dalang (Selangor), Op Raider (Negeri Sembilan) dan Op Genuine (Melaka).

Menurut sumber, siasatan awal mendapati kesemua suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut antara tahun 2021 hingga 2026 dengan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen melibatkan warga asing seperti berada di negara ini tanpa dokumen perjalanan yang sah dan menyalahgunakan pas lawatan sosial untuk bekerja.

“Bagi 10 orang pegawai penguat kuasa pula, kesemuanya dipercayai menerima rasuah sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan ke atas pekerja syarikat yang melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen dan juga mengeluarkan visa, pas dan permit tanpa melalui prosedur yang ditetapkan

“Ada juga kesalahan lain yang dilakukan seperti mengemukakan dokumen yang mengandungi butir matan palsu bagi permohonan dan mendapatkan kuota pekerja,” katanya di sini hari ini.

Tambah sumber, risikandijalankan sejak Jun tahun lalu menyasarkan seramai 43 individu di keempat-empat negeri yang dikaitkan dengan warga asing.

Kata sumber, melalui operasi tersebut juga SPRM telah menahan seramai 38 individu bgaimanapun lima lagi suspek telah dibebaskan dengan jaminan SPRM.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 16(b)(A), 17(a), 17(b) dan 18 Akta SPRM 2009.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan beberapa siri tangkapan susulan akan dibuat untuk tujuan tersebut.

Terdahulu, di Mahkamah Majistret Putrajaya, perintah reman selama lima hari sehingga 13 Julai lalu terhadap enam suspek telah dikeluarkan Majistret Ezrene Zakariah

Manakala di Mahkamah Majistret 3, Kompleks Mahkamah Shah Alam, Selangor, Majistret Wan Noora Nisa Ngadirin membenarkan kesemua 14 suspek direman selama empat hari sehingga 12 Julai ini.

Sementara itu di Mahkamah Majistret Seremban, Negeri Sembilan, perintah reman selama empat hari sehingga 12 Julai 2026 ke atas lima orang suspek, dua suspek selama lima hari sehingga 13 Julai 2026 dan dua suspek lagi selama sehari.

Kesemua perintah reman ini telah dikeluarkan oleh Majistret Nurul Azuin Mohd Talhah.

Di Mahkamah Majistret 3, Ayer Keroh Melaka pula, perintah reman selama tujuh hari sehingga 15 Julai 2026 terhadap keempat-empat suspek telah dikeluarkan Majistret Nur Afiqah Radhiah Zainurin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN