Pekan Guar Cempedak pula dinaiki air

Pekan Guar Cempedak pula dinaiki air

PEKAN Guar Cempedak dinaiki air setinggi hampir satu meter selepas hujan lebat berterusan sejak pukul 5.30 petang di Yan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YAN: Beberapa buah kampung dan kawasan pekan di Guar Chempedak, di sini dilanda banjir berikutan hujan lebat berterusan sejak pukul 5.30 petang tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Yan, Leftenan (PA) Zul Izzi Zulkifli berkata, pemantauan pihaknya mendapati paras air melebihi satu meter sehingga menyebabkan banyak kediaman dan rumah kedai dimasuki air.

“Buat masa ini kita sedang mengenal pasti jumlah kampung terjejas dan anggaran bilangan rumah serta rumah kedai yang terkesan.

“Malah, setakat ini tiada lagi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di daerah ini untuk menempatkan mangsa terlibat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Zul Izzi berkata, anggota APM telah digerakkan ke kawasan terlibat dan sedang membuat pemantauan menyeluruh untuk mengetahui keadaan semasa.

Setakat pukul 5 petang tadi, seramai 603 mangsa daripada 174 keluarga ditempatkan di enam PPS seluruh negeri berikutan hujan lebat yang melanda kebanyakan kawasan sejak kelmarin.

Pokok Sena menjadi daerah tertinggi terjejas apabila 297 orang daripada 82 keluarga ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Hijau. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya