PETALING JAYA: Kadar jurutera dan saintis di negara ini masih jauh daripada yang disasarkan dalam Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2030. Berdasarkan laporan Lembaga Jurutera Malaysia (BEM) sehingga Disember 2022, terdapat sekitar 187,900 jurutera berdaftar secara rasmi dengan 172,900 daripada jumlah itu adalah jurutera siswazah, 5,900 profesional dan 9,100 profesional dengan sijil amalan. Malaysia juga masih tidak mencapai sasaran 500,00 tenaga kerja sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM)…










