Guru maut dalam perjalanan ke sekolah

Nahas jalan raya: Guru maut dalam perjalanan ke sekolah

KEADAAN motosikal mangsa yang rosak akibat terlanggar tayar tengah lori treler dalam kemalangan'jalan raya di Kilometer 5, Jalan Jerantut - Maran berdekatan Batu 58, Jerantut hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

                                                  

JERANTUT : Seorang guru Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Kota Gelanggi Dua, dekat sini, Suhaimi Yaacob, 56, maut dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 5 Jalan Jerantut – Maran berdekatan Batu 58 dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintenden Azman Mat Kamis berkata, ketika kejadian pada pukul 7 pagi i, mangsa dalam perjalanan ke sekolah mengalami kecederaan parah bahagian kepala dan maut disahkan oleh petugas perubatan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Kemalangan ini melibatkan sebuah lori treler jenis Volvo bernombor VBY 1960 dari arah bandar Jerantut ke tempat mengambil buah sawit di Batu 58 dengan sebuah motosikal jenis Honda SYM bernombor JQA 3528 ditunggangi oleh mangsa dalam perjalanan ke tempat kerja dari arah yang sama.

“Setiba di tempat kejadian, pemandu lori treler telah memberikan isyarat untuk membelok ke kiri jalan. Tiba-tiba datang sebuah motosikal dari arah belakang yang ditunggangi oleh mangsa telah hilang kawalan lalu terjatuh dan terseret seterusnya melanggar tayar tengah sebelah kiri lori treler,” katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah di sini hari ini.

Menurut Azman, akibat pelanggaran tersebut mangsa yang tinggal di Rumah Kilat Peringkat 2, Sungai Jan, bandar Jerantut telah telah  mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ujarnya, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke unit forensik Hospital Jerantut untuk dibedah siasat untuk mengetahui punca kematian. –UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya