Mayat lelaki rentung dalam kereta tiada unsur jenayah - Utusan Malaysia

Mayat lelaki rentung dalam kereta tiada unsur jenayah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penemuan mayat lelaki rentung dalam insiden kebakaran kereta di flat perumahan Desa Menteri, di sini awal pagi tadi diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.39 pagi itu, satu laporan polis diterima daripada orang awam mengenai kejadian kebakaran sebuah kereta jenis Ford Laser putih di tempat letak kereya berhampiran Blok 2, Flat Desa Menteri.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan M.Hussin Sollehuddin Zolkifly berkata, siasatan polis di lokasi kejadian mendapati kebakaran itu menyebabkan seorang lelaki warga tempatan ditemukan rentung dalam kenderaan tersebut.

“Unit Forensik IPK Selangor hadir ke tempat kejadian untuk menyiasat punca kebakaran itu.

“Hasil siasatan awal polis mendapati tiada unsur jenayah dikesan di tempat kejadian itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, mayat lelaki berkenaan dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk proses bedah siasat.

“Pihak polis mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai laporan mati mengejut (SDR),” ujarnya.

Terdahulu, Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar dalam kenyataan mengesahkan seorang lelaki warga emas rentung dalam satu kejadian kebakaran kenderaan di perumahan flat Desa Mentari itu.

Katanya, bomba menerima panggilan kecemasan memaklumkan mengenai kebakaran kereta pukul 2.45 pagi tadi.

Bertindak atas panggilan kebakaran itu, sepasukan anggota bomba dari BBP Penchala bergegas dan berjaya memadamkan kebakaran kenderaan tersebut.

Pemeriksaan mendapati kebakaran melibatkan empat kenderaan jenis Ford Telstar yang terbakar 100 peratus, Naza Citra (50 peratus), Proton Wira (5 peratus) dan lori Daihatsu (5 peratus).

Terdapat seorang lelaki tempatan warga emas berusia 60-an yang berada di dalam kereta Naza Citra itu dan rentung.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN