Makkal Sakti nafi bersengketa dengan MIC

Makkal Sakti nafi bersengketa dengan MIC

R.S. Thanenthiran (dua dari kiri) dan SA Vigneswaran (dua dari kanan) dalam satu sidang akhbar di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur, di sini hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Makkal Sakti sedia bekerjasama dengan MIC demi mencapai agenda pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat terutamanya masyarakat India dalam Kerajaan Perpaduan. 

Presidennya, Datuk Seri R.S. Thanenthiran berkata, beliau mahu meneruskan agenda menyatupadukan rakyat selaras dengan aspirasi Kerajaan Perpaduan dalam membentuk Malaysia Madani.

Malah, Thanenthiran turut menafikan bahawa Makkal Sakti dan MIC adalah dua parti bermusuhan.

“Kehadiran Presiden MIC, Tan Sri S.A. Vigneswaran ke mesyuarat kami menunjukkan pimpinan atasan parti itu sedia bekerjasama untuk kepentingan rakyat dan memastikan agenda pembangunan terus dilaksanakan.

“Jadi, untuk memastikan agenda perpaduan ini berterusan dan diperkasakan lagi, maka, kami bersama ahli jawatan kuasa berusaha untuk menyatupadukan rakyat,” katanya dalam sidang akhbar di Pusat Dagangan Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Jelas Thanenthiran, kedua-dua parti tersebut yang bernaung di bawah Barisan Nasional (BN) bersetuju untuk mengadakan satu gabungan urusetia yang membolehkan masyarakat menyuarakan masalah.

Katanya, BN harus diperkukuh bagi memperkuatkan lagi agenda pembangunan nasional dan kesejahteraan rakyat. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN