PETALING JAYA: Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu membenarkan plaintif memfailkan tindakan undang-undang semula terhadap Kerajaan Malaysia dan Sabah berhubung perintah mahkamah supaya kerajaan memperakui dan memberi hak-hak negeri yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Ini selepas plaintif iaitu Pakatan Harapan (PH) Sabah memutuskan menarik balik saman pemula terhadap kedua-dua defendan, selepas mempertimbang kedudukan plaintif sebagai ahli Kabinet Persekutuan dan negeri ketika ini. Memberitahu Utusan Malaysia, peguam mewakili PH Sabah, Nelson W. Angang…