Mah Hang Soon kekal Timbalan Presiden MCA

Mah Hang Soon kekal Timbalan Presiden MCA

MAH HANG SOON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETAING JAYA: Bekas Timbalan Menteri Pendidikan 1, Datuk Dr. Mah Hang Soon mengekalkan jawatannya sebagai Timbalan Presiden MCA selepas tidak dicabar pada pemilihan parti peringkat pusat bermula semalam.

Selain itu, Exco Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, Ling Tian Soon diumumkan sebagai Ketua Pemuda MCA yang baharu, selepas keputusan rasmi pemilihan ahli jawatankuasa pusat sayap selesai malam kelmarin.

Tiang Soon yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Yong Peng, menang selepas memperoleh 130 undi, mengalahkan dua pesaingnya Danial Wa Wai How yang meraih 58 undi manakala Bernard Chan Kee Siang gagal memperoleh undi.

Penyandangnya, Datuk Nicole Wong tidak mempertahankan jawatan tersebut yang bertanding jawatan naib presiden bagi pemilihan kali ini.

Sementara itu, Wong You Fong pula dipilih sebagai ketua wanita yang baharu selepas menerima 281 undi, berbanding 98 undi yang diraih pencabarnya Datuk Ooi Siew Kim.

Semalam, berlangsungnya pemilihan bagi jawatan utama parti membabitkan jawatan presiden, naib presiden dan ahli-ahli jawatankuasa pusat, dengan keputusannya diumumkan selepas pengiraan undi yang bermula pada pukul 7 petang.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berdepan cabaran bekas Ahli Jawatankuasa Pusat, Datuk Tan Chong Seng untuk mempertahankan jawatannya.

Manakala, tiga penyandang Naib Presiden MCA, Datuk Lim Ban Hong, Datuk Tan Teik Cheng dan Datuk Seri Ti Lian Ker mempertahankan jawatan masing-masing dalam pemilihan tersebut.

Mereka berdepan dengan saingan daripada empat calon lain iaitu Ketua Wanita Sabah, Datuk Dr. Pamela Yong; Timbalan Bendahari Agung, Datuk Lawrence Low Ah Kiong; Ahli Jawatankuasa Pusat, Datuk Seri Dr. Wee Jeck Seng dan Ketua Pemuda Kebangsaan, Datuk Nicole Wong untuk merebut empat kerusi naib presiden.

Sementara itu, 25 kerusi ditawarkan untuk Ahli Jawatankuasa Pusat yang menjadi rebutan 48 calon. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya