Kerajaan perlu kembalikan GST 4% - NCCIM - Utusan Malaysia

Kerajaan perlu kembalikan GST 4% – NCCIM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) mengharapkan kerajaan memperkenalkan semula cukai barang dan perkhidmatan (GST) 4.0 peratus.

Presiden NCCIM, Tan Sri Datuk Son Thian Lai berkata, kerajaan harus mencari sumber tambahan untuk meningkatkan pendapatan negara.

“Saat ini, kerajaan bergantung pada cukai tambahan seperti cukai barang nilai rendah (LVGT) dan cukai barang nilai tinggi (HVGT).

“Ia memberikan banyak tekanan kepada komuniti perniagaan kita,” katanya ketika ditemui di Forum Ekonomi Kebangsaan 2024, di sini, hari ini.

Katanya, GST 2.0 itu merupakan satu cukai yang perlu dilaksanakan dan dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat.

“Kerajaan perlu konsisten dan mempunyai polisi yang jelas dalam pelaksanaan GST.

“Jika kerajaan mengalami sindrom kekurangan wang untuk bertahun-tahun, cara meningkatkan hasil pendapatan adalah dengan meningkatkan eksport untuk menghasilkan lebih banyak pendapatan dan cukai adalah salah satunya,” ujarnya.

Mengulas lanjut mengenai Jangkaan Ekonomi Malaysia 2024, katanya, pemulihan ekonomi melalui eksport dapat dilihat dengan peningkatan pelaburan dan pemulihan dalam sektor pelancongan akan terus memacu pertumbuhan.

“Perkembangan sektor pelancongan melonjakkan sebanyak 3.9 peratus bagi suku pertama tahun ini dengan pemulihan sebanyak 0.9 peratus pada suku terakhir tahun lalu,” katanya.

Soh berkata, bagaimanapun, perbelanjaan pelanggan mungkin akan lebih terhad dengan kadar ringgit yang lemah dan juga kenaikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) lapan peratus serta rasionalisasi subsidi kerajaan ditambah lagi dengan tekanan kos sara hidup dan inflasi.

“FMM menjangkakan ekonomi akan berkembang dibawah empat hingga lima peratus,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya