Liza Aziz, Normadiah jahit baju untuk Sudirman - Utusan Malaysia

Liza Aziz, Normadiah jahit baju untuk Sudirman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SETIAP bintang legenda menyimpan pengalaman manis bersama bintang legenda yang lain. Contoh, penyanyi kesayangan ramai, Liza Aziz yang memiliki terlalu banyak kenangan berharga bersama rakan baiknya, Allahyarham Sudirman Haji Arshad.

Usai konsert penghormatan buat Sudirman di Dewan Filharmonik Orkestra baru-baru ini, Liza bercerita tentang kenangan yang diabadikan bersama Allahyarham sewaktu hayatnya.

Antara yang paling memberi kesan adalah sewaktu penyanyi bersuara emas ini menjadi penyanyi latar sempena konsert Chow Kit Road yang cukup bersejarah.

Kongsi Liza, semestinya dia tidak mampu melupakan suasana dan kemeriahan luar biasa ketika konsert itu dianjurkan pada 18 April, 1986.

“Masih segar dalam ingatan betapa luar biasanya sambutan masyarakat terhadap konsert tersebut ketika itu. Dengan keadaan pentas yang disiapkan pada saat akhir dek kekangan masa.

“Ketika itu persembahan Allahyarham Sudirman hanya diiringi enam pemuzik. Saya dan beberapa wanita lain berperanan sebagai penyanyi latar yang Allahyarham gelarkan sebagai Giggles kerana telatah kami yang kuat ketawa.

“Ia pengalaman luar biasa. Sempat Allahyarham meluahkan kerisauannya kepada saya kalau tiada siapa yang nak datang dan tengok konsert tersebut. Hakikatnya, yang saya nampak adalah lautan manusia yang memenuhi sehingga ke Dataran Merdeka,” ceritanya.

Liza juga memaklumkan pernah diminta Allahyarham menjahitkan dua pasang baju untuk digunakannya ketika membuat persembahan.

“Salah satu baju itu pada awalnya kosong. Arwah minta saya jahitkan manik kerana dia tahu saya pandai menjahit. Saya bersetuju dan meminta bantuan ibu, seniwati Normadiah untuk siapkan baju itu.

“Sepasang lagi adalah baju tradisional Cina bercorak naga. Itu juga saya yang jahitkan untuk arwah,” sambungnya.

Liza menyifatkan arwah bintang yang satu dalam sejuta, sentiasa merendah diri dan sentiasa sedia membantu mereka yang memerlukan.

“Dia pernah berhasrat untuk menubuhkan syarikat rakaman dan hasilkan album untuk Uji Rashid dan saya. Tapi hasratnya itu tidak kesampaian.

“Saya bertuah kerana berpeluang bekerjasama dengan beliau, seorang yang rendah diri, tak kedekut ilmu dan prihatin kepada artis lain,” ujarnya.

LEBIH EMPAT DEKAD MENABUR BAKTI

Tidak siapa yang mampu menidakkan keunggulan pasangan penyanyi adik beradik Liza dan Azlina Aziz dalam dunia hiburan tempatan.

Keduanya mempunyai kehebatan vokal tiada bandingan, masing-masing berada pada kedudukan yang sukar digugat mana-mana penyanyi sekalipun.

Bergelar anak kepada seniwati Normadiah dan seniman Aziz Jaafar tentunya menjadi satu kelebihan buat Liza yang sejak usia muda menerima pendedahan dalam dunia seni dan hiburan.

Memulakan kerjaya nyanyian sekitar tahun 80-an, Liza sebelum ini sudah merakamkan beberapa album, termasuk dua album studio iaitu Liza yang diterbitkan pada 1992 dan Hati Ini (1995).

Tahun ini genap lebih empat dekad Liza Aziz bergelar penyanyi disegani. Tidak pernah terdetik dalam hati seorang Norliza Abdul Aziz untuk untuk bersara dalam bidang dicintainya.

Sampai ke hari ini, Liza masih memenuhi undangan nyanyian dan terus menghiburkan peminat yang selama ini memberi sokongan.

KONSERT UNTUK PEMINAT

Dalam pertemuan singkat, Liza ada berkongsi perkembangan dan perancangan di masa akan datang. Janji cuba ditepati, Liza dan kakaknya, Azlina merancang untuk menganjurkan konsert buat peminat tersayang.

“Sebenarnya, saya dan Azlina sudah merancang untuk mengadakan sebuah konsert pada tahun ini. Tetapi disebabkan kesibukan masing-masing, kami terpaksa menangguhkan perancangan tersebut.

“Tambahan pula dengan lambakan konsert yang diadakan masa sekarang, mungkin belum sesuai untuk kami tampil membuat konsert.

“Tapi Insya-Allah, panjang umur dan sekiranya masih dipinjamkan kesihatan, kami akan mengadakan konsert tahun depan. Yang pasti, penaja sudah ada,” kongsinya.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Malaysia sedia ‘perangkap’ Pakistan Oleh ROZAIDI ZULKIFLI [email protected] IPOH: Pembantu jurulatih skuad hoki lelaki kebangsaan, Azrul Effendy Bistamam mengingatkan pemain-pemain, tidak perlu berasa gentar untuk turun pada aksi pertama Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) 2024 menentang Pakistan di Stadium Azlan Shah, hari ini. Jelasnya, jika dibandingkan daripada segi persediaan pasukan, Malaysia lebih baik berbanding Pakistan bagi mengharungi kejohanan ini. “Jika daripada segi persediaan, kita berkali lebih baik daripada Pakistan yang berlatih dalam tempoh singkat berbanding kita yang bermula 19 Mac lalu dan bagi saya untuk mencatat kemenangan menentang Pakistan sebenarnya bukan satu masalah. “Paling penting pemain sendiri kena bermain dengan penuh keyakinan dan mengikut segala taktikal yang direncana oleh barisan jurulatih pada aksi esok (hari ini),” katanya kepada Utusan Malaysia semalam. Untuk rekod, pertemuan terakhir Speedy Tigers menentang Pakistan di pentas PSAS 2022 adalah pada November 2022 yang berakhir dengan keputusan 1-1 dan edisi ke-29 itu juga menyaksikan Malaysia muncul juara buat kali pertama selepas 39 tahun di kejohanan berkenaan. Ketika ditanya mengenai keharmonian dalam pasukan, Azrul menyifatkan semuanya tampak baik antara pemain junior mahupun senior. “Saya lihat apabila ke mana-mana semua sekali, dan tiada jurang besar antara pemain senior dan junior. “Keharmonian pasukan semua baik dan semua sudah bersedia untuk turun beraksi pada perlawanan esok (hari ini,” jelasnya. Selepas menentang Pakistan, skuad hoki negara yang berada di ranking ke-13 dunia akan menentang Kanada (5 Mei), juara dua kali New Zealand (7 Mei), Jepun (8 Mei) dan juara tiga kali Korea Selatan (10 Mei).

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya