Lima lelaki kes tembak bebas jaminan polis - Utusan Malaysia

Lima lelaki kes tembak bebas jaminan polis

S. VIJAYA RAO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Lima lelaki yang diberkas bagi membantu siasatan kes seorang individu maut ditembak di kawasan premis kedai di Jalan Hamzah Alang, Kapar di sini, minggu lalu dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, semua suspek berusia lingkungan 30 hingga 40-an berkenaan dibebaskan pagi tadi.

“Kesemua lelaki itu sebelum ini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Polis masih menggiatkan usaha mengesan suspek lain yang terlibat dalam kes tersebut,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Tambah beliau, pihaknya turut masih menyiasat motif sebenar kejadian.

“Siasatan kes berkenaan sedang dijalankan secara menyeluruh. Justeru, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menyalurkannya kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara atau balai polis berdekatan,” ujarnya.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan kejadian melibatkan lelaki berusia 36 tahun itu disedari orang awam yang terdengar beberapa das tembakan dan kemalangan kecil, Rabu minggu lalu.

Polis bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat kira-kira pukul 10.35 malam dan kes itu berlaku di hadapan kawasan rumah kedai dua tingkat.

Siasatan mendapati mangsa memiliki 12 rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan jenayah kekerasan. 

Seramai lima suspek direman lima hari selepas ditahan polis di sekitar Kapar antara pukul 11 malam Jumaat hingga 5 pagi Sabtu lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya