Gempar maut ditembak depan kawasan kedai - Utusan Malaysia

Gempar maut ditembak depan kawasan kedai

Tembak maut
POLIS menutup laluan masuk Jalan Hamzah Alang susulan berlaku insiden tembak seorang lelaki dekat lokasi berkenaan di Kapar, Klang, Selangor, malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Suasana di Jalan Hamzah Alang, Kapar di sini, gempar apabila seorang lelaki maut ditembak di hadapan premis kedai kawasan itu, malam tadi.

Kejadian melibatkan mangsa berusia 36 tahun itu disedari orang awam yang terdengar beberapa das tembakan dilepaskan dan berlaku kemalangan kecil.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat itu kira-kira pukul 10.35 malam.

Katanya, pemeriksaan mendapati kes tembakan itu berlaku di hadapan kawasan rumah kedai dua tingkat.

“Siasatan mendapati lelaki itu memiliki 12 rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan jenayah kekerasan. 

“Mangsa disahkan meninggal dunia dan dihantar ke hospital berdekatan bagi proses bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Vijaya Rao, pihaknya sedang mengesan beberapa saksi bebas di lokasi kejadian.

“Usaha mengesan bukti dan kamera litar tertutup (CCTV) juga dijalankan bagi mengesan suspek terlibat. Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” ujarnya.

Tambah beliau, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian diminta menyalurkannya kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara atau balai bolis berhampiran. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya