Lelaki patah kaki jatuh gaung ketika cari cempedak

Lelaki patah kaki jatuh gaung ketika cari cempedak

MANGSA berjaya dibawa keluar dari gaung lokasi terjatuh di kebunnya di Pangkalan Baru, Jalan Stephen Yong di sini pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Hasrat mencari buah cempedak bertukar menjadi detik cemas apabila seorang lelaki terjatuh ke dalam gaung di kebunnya berdekatan Pangkalan Baru, Jalan Stephen Yong di sini awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang digerakkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 12:38 tengah malam tadi.

“Setibanya di lokasi kejadian, mangsa ditemukan terjatuh pada jarak 100 meter dari jalan utama sekitar jam 2:30 pagi. 

“Bagaimanapun, operasi membawa mangsa yang terjatuh hanya dapat dilakukan pada waktu pagi disebabkan keadaan dan faktor cuaca yang gelap di lokasi kejadian,” jelasnya.

Justeru, mangsa terpaksa menunggu sehingga keadaan terang sehingga pukul 8 pagi tadi. 

“Pada pukul 9 pagi tadi, seramai sepuluh anggota penyelamat berusaha membawa mangsa keluar. 

“Tepat pada pukul 9:30 pagi, anggota memulakan operasi penyelamatan dari gaung di mana mangsa terjatuh. 

“Mangsa yang patah kaki diusung dan berjaya dikeluarkan dari gaung itu sekitar pukul 11.05 pagi dan seterusnya diserahkan kepada Unit EMRS Bomba (BBP Padungan) untuk dihantar ke hospital untuk menerima rawatan lanjut,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya