PETALING JAYA: Kurikulum pendidikan yang dilihat masih berorientasikan peperiksaan menyebabkan pentaksiran bilik darjah (PBD) diperkenalkan kerajaan terdahulu tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan. Pensyarah di Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti, Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Hasnah Toran berkata, kerajaan perlu meneliti semula kurikulum pendidikan negara secara holistik. Kata beliau, kurikulum pendidikan dilihat terlalu tinggi sehingga menyebabkan guru-guru tidak dapat memberi fokus kepada perkara asas seperti kemahiran…










