Komuniti KRT Taman Seroja anjur Kayuhan Rahmah

Komuniti KRT Taman Seroja anjur Kayuhan Rahmah sejauh 15 kilometer

LWI Kian Keong (tengah berbaju putih) bergambar dengan peserta sebelum Program Kayuhan Rahmah di Taman Seroja, Sepang. – UTUSAN/AMREE AHMAD.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERAMAI 20 orang hadir bagi menyertai Program Kayuhan Rahmah sejauh 15 kilometer anjuran Kawasan Rukun Tetangga Taman Seroja di Sepang, Selangor baru-baru ini.

Pelepasan konvoi dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek, Lwi Kian Keong sebelum mereka mengayuh sehingga ke Sunsuria City dan berpatah balik.

Menurut Yang Dipertua Persatuan Penduduk Taman Seroja, Azmi Mat Yasin, program selama lima jam itu malahan mendapat kerjasama daripada Pejabat Perpaduan Daerah Sepang.

Ia turut dijayakan pihak Kelab Gerek Seroja, Jabatan Penerangan Daerah dan Komuniti Madani Malaysia serta Jawatankuasa Perwakilan Penduduk, Majlis Perbandaran Sepang.

Aktiviti berkenaan juga diharap dapat memupuk usaha kerajaan negeri merapatkan hubungan antara masyarakat setempat di kawasan perumahan berusia 30 tahun itu. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN