SPRM ambil keterangan pegawai kanan kementerian

Keterangan pegawai kanan kementerian diambil, kereta mewah dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Keterangan seorang pegawai kanan kementerian telah diambil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan membabitkan kes suapan sebuah kereta mewah bagi mendapatkan projek pengurusan fasiliti dan penyelenggaraan  bernilai RM87 juta.

Menurut sumber, pegawai kanan kementerian terbabit dirakam percakapannya di pejabat SPRM Putrajaya semalam.

“Kereta mewah itu juga sudah dirampas SPRM.Siasatan lanjut masih dijalankan di mana pemilik syarikat terbabit kini dalam tahanan reman,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas, Datuk Tan Kang Sai ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.

Media semalam melaporkan, seorang pemilik syarikat kerana disyaki memberikan suapan sebuah kereta mewah bagi mendapatkan projek pengurusan fasiliti dan penyelenggaraan membabitkan sebuah kementerian bernilai RM87 juta.

Menurut sumber, suspek wanita berusia lingkungan 30-an itu dipercayai pemilik syarikat penyelenggaraan dan pembersihan ditahan pukul 6.50 petang kelmarin ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

Suspek disyaki memberikan suapan berupa kereta mewah RM200,000 kepada pegawai kanan kementerian terbabit pada tahun ini bagi mendapatkan projek pengurusan fasiliti dan penyelenggaraan bagi tempoh lima tahun yang diluluskan pada 2021

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009. –UTUSAN

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

BERITA BERKAITAN