Kematian Billy Miller didedahkan, sekian lama menderita kemurungan - Utusan Malaysia

Kematian Billy Miller didedahkan, sekian lama menderita kemurungan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Kematian bintang drama General Hospital, Billy Miller disahkan sebagai bunuh diri.

Perkara itu didedahkan ibu mendiang, Patricia Miller, menerusi satu kenyataan yang dikongsikan kepada Soap Opera Digest.

“Mendiang bertarung dengan masalah depresi dan bipolar sekian lama. Dia telah melakukan yang terbaik untuk melawan penyakit tersebut,” katanya.

Patricia tampil membuat kenyataan tersebut bagi meleraikan spekulasi berhubung kematian Miller.

Miller ditemukan tidak bernyawa di Austin, Texas lima hari lepas. Mendiang berusia 43 tahun.

Pelakon tersebut memulakan kerjaya sekitar tahun 2007 menerusi drama All My Children.

Mendiang merangkul tiga anugerah Emmy sepanjang penglibatan dalam drama The Young And The Restless termasuk Pelakon Pembantu (Drama) Terbaik 2010 dan 2013 serta Pelakon Terbaik 2014.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

BERITA BERKAITAN