Kekangan kewangan menjejaskan usaha lahirkan atlet muda

Kekangan kewangan menjejaskan usaha lahirkan atlet muda -Hannah

HANNAH Yeoh (tengah) dan Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Ellron Angin (dua kanan) semasa simbolik perasmian Ekspo Industri Sukan Sabah di Kota Kinabalu hari ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Ramai yang minat bersukan, tetapi tiada keupayaan untuk berbelanja bagi menjalani latihan sukan.

Hakikat itu menyebabkan usaha kerajaan melahirkan lebih ramai atlet dalam kalangan anak muda terjejas.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, isu kewangan bukan hanya dihadapi oleh atlet di peringkat sekolah sahaja, tetapi, ia turut membabitkan atlet di peringkat persatuan, sukan negeri dan kebangsaan.

Beliau berkata, perbelanjaan dalam industri sukan mungkin agak kurang kerana terpaksa bergantung kepada peruntukan dan tajaan. Itu sebabnya, kementerian amat menghargai tajaan-tajaan dalam bidang sukan.

“Apa yang kita hendak, kalau ingin memberi tajaan, berilah tajaan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan tajaan dalam bentuk peralatan sukan,” katanya semasa mengulas isu masalah kewangan dihadapi atlet dari Sabah yang menyertai Sabah Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM).

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Ekspo Industri Sukan Sabah (EISS), di sini hari ini.

Menurut Hannah, perkara sebegitu bukan hanya dihadapi oleh pelajar di Sabah, tapi juga di kebanyakan tempat dan pelbagai peringkat sukan.

Namun, beliau percaya Kementerian Pendidikan (KPM) memberi perhatian kepada isu tersebut dalam usaha memperkasa persediaan pelajar bagi menyertai Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) dan MSSM.

Dalam pada itu, Hannah berkata, di peringkat kementerian, mereka melancarkan inisiatif Sukan Rahmah dengan penglibatan syarikat swasta untuk memberi kos yang rendah kepada masyarakat akar umbi.

“Kita jangan fikir, semua yang nak bersukan itu ada duit untuk bersukan, oleh sebab itu, kalau ada cabutan bertuah, tolong beri peralatan sukan kerana kanak-kanak akan menyukainya. Apabila kita berikan peralatan sukan, mereka akan berminat untuk belajar tentang sukan,” katanya.

Jelas beliau, dalam usaha membangunkan industri sukan, kementerian amat mengharapkan penglibatan semua pihak terutama syarikat swasta dalam memberi tajaan. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya